MA OON RIZAL (Kisah Cikgu Malaysia di Finland)

Original price was: RM35.00.Current price is: RM31.50.

Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah.

“Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada
pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan
difahami!”

Penulis : HASRIZAL ABDUL JAMIL
Muka surat: 260 MS

Out of stock

Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah.

“Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada
pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan
difahami!”

Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari.

Lazimnya, saya menulis dalam keadaan saya tahu daripada apa sesuatu bermula, dan
di mana noktah akhir yang disasarkan sebagai perhentian. Jelas dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki namun, kembara di sebuah negeri salji bernama Finland ini
penuh onak dan duri.

Sebanyak mana pun ia saya ungkapkan dalam bab demi bab, ungkapan itu hanyalah
menceritakan sebahagian daripada apa yang saya mampu ceritakan untuk teladan
bersama. Seumpama puncak sebongkah ais yang terapung di sepi Artik, apa yang
dilihat mata, hanyalah satu persepuluh daripada keseluruhan bongkah ais yang
terendam menurut Undang-undang Apungan Archimedes.

Saya hidup dengan persoalan.

Persoalan mendorong saya berjalan.

Perjalanan yang saya coret dalam naskhah ini, tujuannya agar sepi di negeri asing ini
tersimpan erat dalam kenangan

Weight 0.42 kg
Scroll to Top