Tajuk: Introspeksi: Munafikkah Aku
Penulis: Aqtar Mohamed Ummar
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 45 pages
Berat (kg):0.2
Dimensi (cm): 23cm x 13cm x 0.3cm
Harga : RM12.00
Percuma – Infaq Buku Introspeksi Munafikkah Aku
RM0.00
Nota:
Buku ini diberi secara percuma hasil daripada infaq orang ramai, tidak termasuk kos pengeposan. Caj pengeposan ditanggung oleh pelanggan kecuali bagi yang memilih untuk mengambil naskhah ini di HQ Yayasan Pendidikan Khalifah yang terletak di Ampang.
—-
Introspeksi: Munafikkah Aku?
Apabila berbicara, dia berdusta
Apabila berjanji, dia memungkiri
Apabila diberi amanah, dia khianati
Dia si kayu lempung, belum ditolak condong sendiri
Riuhnya sekampung walau bertelur cuma sebiji
Dia yang lidahnya bercabang
Dia, gunting dalam lipatan
Meliuk lentok bagaikan lalang
Banyak tukang di mulut, sedikit di tangan
Dia, dia, dia…
Berhenti!
Berhenti tuding jari
Cermin diri, introspeksi
Akukah si munafik ini?
——
Seringkali apabila kita mendengar atau berbicara tentang sifat-sifat munafik, terbayang-bayang dalam fikiran kita wajah-wajah mereka yang kita rasakan mempunyai sifat-sifat yang diperkatakan itu.
Namun Allah memberi peringatan tentang ciri-ciri orang munafik ini dalam ayat-ayatNya bukan untuk kita menuding kepada orang lain. Ayat-ayat tersebut adalah untuk kita cermin diri, apakah ada sifat-sifat munafik pada diri kita?
Semoga pembacaan yang ringkas namun padat ini dapat membantu kita untuk melakukan introspeksi seterusnya mengubah apa yang perlu diubah, agar akhirnya kita mendapat redha Allah.
Out of stock