PENDIDIKAN KARAKTER: MENGUKUH KUALITI INSAN MENDEPANI ERA KECERDASAN BUATAN (AI)
Seminar Pendidikan kali ini akan meneroka tentang pendidikan karakter dalam era AI. Manfaat, risiko dan komplikasi AI kita masih belum sepenuhnya tahu.
Yang kita pasti tahu?
Bahawa insan yang baik keperibadiannya, akan menatijahkan kebaikan dalam setiap perkara yang diusahakannya. Benih yang baik jika jatuh ke laut, akhirnya menjadi pulau.
Apa yang akan diketengahkan dalam seminar ini?
i. Pendidikan Karakter bersama pedagogi, rekabentuk kurikulum serta konsep sekolah yang khusus untuknya. ii. Kepentingan sinergi antara ibu bapa dan sekolah untuk menjayakan Pendidikan Karakter. iii. Perkembangan teknologi pendidikan di era AI berkaitan manfaat dan cabarannya kepada pendidikan dan keibubapaan generasi hari ini.
GURU-GURU, INSAN PENDIDIK, IBU BAPA, SIAP SIAGA!
Sertai kami dalam Seminar Pendidikan 2023 ini, bersama-sama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Ustaz Syaari Ab Rahman yang akan meneroka tentang Pendidikan Karakter daripada perspektif Sains Pembelajaran serta suluhan al-Quran dan sirah Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Tarikh: 22 Julai 2023 (Sabtu) 
Masa: 9 pagi – 5 petang Tempat: Auditorium Mohd Asri Muda, Universiti Malaya (dahulunya dikenali sebagai APIUM)
Promosi Early Bird! Yuran pendaftaran RM120/peserta sehingga 25 Jun ini!
Rebut peluang ini.
Borang Pendaftaran
Yayasan Pendidikan Khalifah
427, Jalan 2, Jalan Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor