Apabila seorang anak menyakiti yang lain…
Adakalanya kita buntu memikirkan, bagaimana seorang anak yang masih naif dalam kehidupan boleh melakukan sesuatu yang tidak mampu kita bayangkan?

Mengapa Ajaran Tidak Membekas?
Diajar mengaji al-Quran, sudah. Diajar mata pelajaran Akhlak pun sudah. Namun mengapa seolah-olah tidak membekas?
Jikalau sebelum ini kita bimbang anak kita menjadi mangsa penganiayaan, kini kita juga bimbang kalau-kalau anak kita pula yang menganiaya orang lain.
Mungkinkah — tanpa sedar — kitalah yang telah membentuk seorang pembuli kecil di rumah sendiri?
Ayuh kita rungkai persoalan-persoalan ini bersama-sama.
Sertai SEMINAR PENDIDIKAN KARAKTER: Peranan Tadabbur, Pedagogi dan Keibubapaan. Sebuah seminar yang menghimpunkan ibu bapa dan pendidik untuk meneroka asas-asas pendidikan karakter berteraskan tadabbur al-Quran dan pendekatan sains pembelajaran. Sama-sama juga kita bincangkan bagaimana memecahkan kitaran toksik di rumah dan menjadikan rumah kita sebuah medan tarbiah yang subur.
Sorotan Program
Membumikan Tadabbur: Pendekatan Sains Pembelajaran dalam Pembentukan Karakter
Oleh Ustaz Syaari Ab Rahman dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Menyembuh Luka, Membina Jiwa
Oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Pn. Adlil Rajiah Mohd. Nasir
Butiran Seminar
15 November 2025
9:00 Pagi - 5:00 Petang
Lokasi : PPAS Bangi
(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Bangi)
Yuran Pendaftaran
On-site: RM120
Termasuk makan tengah hari & e-sijil.
Online: RM80
Termasuk e-sijil.
Nota Penting
1. Yuran penyertaan ‘onsite’ merangkumi makan tengah hari dan ‘e-certificate’.
2. Yuran penyertaan ‘online’ merangkumi ‘e-certificate’.
3. Nota penceramah akan diberikan kepada semua peserta tertakluk kepada izin dan persetujuan penceramah.
4. Akses kepada rakaman seminar tidak dijanjikan secara mutlak. Akses akan diberikan sekiranya tiada kekangan dari segi isi kandungan dan kualiti rakaman serta tertakluk kepada had masa yang akan ditentukan kemudian.
Daftar Segera!
Isi borang di bawah untuk mengesahkan tempat anda. Pendaftaran adalah terhad.