FORUM KEIBUBAPAAN: Anakmu Mencari Tuhannya
RM60.00
Anak yang kian dewasa akan tiba di peringkat perkembangan akalnya di mana anak akan mula berfikir dengan lebih mendalam tentang Tuhan yang disembahnya dan agama yang dianutinya. Pelbagai persoalan akan timbul. Ia adalah sebahagian daripada fitrah manusia, yang ingin mencari dan mengenali Tuhannya. Kemuncaknya, dia meyakini itulah Tuhan yang Esa, tiada yang lain yang layak disembah selainNya.
Hidup di dalam ‘global village’ membolehkan anak-anak memerhati dan berinteraksi dengan insan-insan dari seluruh pelusuk dunia. Ia memberikan anak akses kepada maklumat tentang ideologi dan kepercayaan yang pelbagai. Maka soalan-soalan yang dilontar oleh anak tentang agama dan Tuhan berpotensi menjadi lebih rumit lalu mencetuskan emosi yang pelbagai dalam diri ibu bapa.
Sebagai ibu bapa, malah juga sebagai pendidik dan sesiapa jua orang dewasa di sekeliling anak muda, bagaimana harus kita mendepani keadaan ini?
Persoalan ini ditinjau dan dibincangkan berpandukan pencerahan daripada Al-Qur’an dan Sains Pembelajaran, bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Ustaz Mohd Yusof Arbain.
Jangan lepaskan peluang ini!
Tarikh: 17 Jun 2023 (Sabtu)
Masa: 9.00 p.m.
Platform: Zoom
Yuran penyertaan
Early bird: RM55 (sehingga 7 Jun 2023)
Harga biasa: RM60
BONUS BERGANDA!
Percuma naskah ‘Pedagogi Ramadan’ & ‘Agar Lelah Berubah Jannah’ bagi setiap penyertaan.
Availability: 12 in stock