Ramadan & Neurodiversiti - Landing Page
Poster Ramadan Neurodiversiti

Ramadan bakal tiba. Masjid akan kembali hidup dan masing-masing akan mula menetapkan target ibadah. Media sosial akan mula sarat dengan perkongsian tadabbur dan tilawah al-Quran.

Ramadan nanti, semua orang kelihatan β€œbergerak laju” dalam ibadah dan pengisian jiwa. Teruja merebut ganjaran berlipat ganda.

Namun dalam diam, ada yang bergelut. Duduk di hadapan mushaf terasa berat. Ayat-ayat yang dibaca tidak melekat. Hati tidak merasai apa yang sepatutnya dirasa. Bukan kerana tidak mahuβ€”tetapi kerana fokus, emosi, dan tenaga dalaman tidak selalu menurut kehendak.

Bagi sesetengah individu neurodivergen, Ramadan bukan sekadar tentang menambah ibadah, tetapi tentang berhadapan dengan rasa bersalah, perbandingan, dan persoalan: β€œπ˜Όπ™™π™–π™ π™–π™ 𝙖𝙠π™ͺ 𝙠π™ͺπ™§π™–π™£π™œ π™žπ™’π™–π™£?”

Sedangkan Islam itu rahmah. Allah melihat hamba-Nya satu demi satu, tidak pukul rata. Ukuran taqwa tidak seragam, dan medan mendekat kepada Allah bukan satu sahaja.

Perbualan inilah yang ingin kita bukaβ€”tentang realiti, tentang ihsan, dan tentang bagaimana setiap insan tetap punya ruang untuk mencapai makna Ramadan dengan cara tersendiri.

Maklumat Program

πŸ—“οΈ

Tarikh

1 Februari 2026 (Ahad)

⏰

Masa

8.00 - 10.00 malam

πŸ’²

Yuran Komitmen

RM40 sahaja

πŸ’»

Platform

Zoom Meeting

Pendaftaran Online

Sila isi borang di bawah untuk tempahan slot anda.

Sila isi maklumat anda di atas

#Neurodiversiti #PendidikanInklusif #Ramadan

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Khalifah Store

khalifahstore.my

Scroll to Top