Ramadan bakal tiba. Masjid akan kembali hidup dan masing-masing akan mula menetapkan target ibadah. Media sosial akan mula sarat dengan perkongsian tadabbur dan tilawah al-Quran.
Ramadan nanti, semua orang kelihatan βbergerak lajuβ dalam ibadah dan pengisian jiwa. Teruja merebut ganjaran berlipat ganda.
Namun dalam diam, ada yang bergelut. Duduk di hadapan mushaf terasa berat. Ayat-ayat yang dibaca tidak melekat. Hati tidak merasai apa yang sepatutnya dirasa. Bukan kerana tidak mahuβtetapi kerana fokus, emosi, dan tenaga dalaman tidak selalu menurut kehendak.
Bagi sesetengah individu neurodivergen, Ramadan bukan sekadar tentang menambah ibadah, tetapi tentang berhadapan dengan rasa bersalah, perbandingan, dan persoalan: βπΌπππ ππ ππ πͺ π πͺπ§ππ£π ππ’ππ£?β
Sedangkan Islam itu rahmah. Allah melihat hamba-Nya satu demi satu, tidak pukul rata. Ukuran taqwa tidak seragam, dan medan mendekat kepada Allah bukan satu sahaja.
Perbualan inilah yang ingin kita bukaβtentang realiti, tentang ihsan, dan tentang bagaimana setiap insan tetap punya ruang untuk mencapai makna Ramadan dengan cara tersendiri.