Program Korban 2026 - Yayasan Pendidikan Khalifah
IBADAH KORBAN 2026 / 1447H

Program Korban 2026

"2 Misi, 1 Tujuan โ€” Menghidupkan Ibadah, Menyantuni Ummah"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa syukur, sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, pasukan Yayasan Pendidikan Khalifah (YPK) akan menganjurkan dua misi korban yang penuh makna, menyantuni saudara-saudara kita di Ulu Cheka dan Kemboja.

"Kami berbesar hati menjemput tuan/puan, ibu ayah serta sahabat-sahabat untuk sama-sama menyertai ibadah korban di Ulu Cheka/Kemboja atau menyumbang infaq."

MISI KORBAN 2026

Klik poster untuk lihat maklumat terperinci

Poster Korban Ulu Cheka
Besarkan

ULU CHEKA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Poster Korban Kemboja
Besarkan

CAMBODIA ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kembara Amal Ulu Cheka, Pahang ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Buat julung kalinya, YPK akan menjejakkan langkah ke Ulu Cheka, Pahang. Selain melaksanakan ibadah korban dan agihan infaq, program ini juga membuka peluang kepada tuan/puan yang ingin turut serta dalam kembara amal ini bagi merasai sendiri pengalaman memberi dan menyantuni golongan asnaf, orang asli dan komuniti setempat.

๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ

Qurban Dโ€™Cambodia ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ

Seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini akan diteruskan dengan kerjasama Kembara Qurban. InsyaAllah, misi ini membawakan ibadah korban serta sumbangan infaq kepada masyarakat Muslim di sekitar Kg. Cham & Kg. Thom, Kemboja, sebagai tanda ukhuwah dan kepedulian kita terhadap saudara seagama.

MAKLUMAT PAKEJ

Sertai kami mengikut pilihan anda

Ulu Cheka, Pahang ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Korban Lembu (1 Bahagian) RM 850
Bakul Kasih (Per Keluarga) RM 50
Kenduri / Infaq Umum Seikhlas Hati

Qurban Dโ€™Cambodia ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ

Korban Lembu (1 Bahagian) RM 450
Korban Kambing (1 Ekor) RM 750
Beras (1kg) RM 4

Tarikh Tutup Penyertaan

24 MEI 2026

"Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar suatu pemberian, tetapi menjadi cahaya harapan buat mereka yang menerima."

Semoga Allah menerima setiap amal kita dan memberkati setiap langkah kebaikan ini. Amin.

PENDAFTARAN DITUTUP

Terima kasih

Scroll to Top