SEMINAR PENDIDIKAN DAN KEIBUBAPAAN

Generasi Resah Gelisah: Dari Rumah ke Sekolah dan Alam Dewasa

70% anak-anak berusia 7 – 12 tahun menggunakan gajet sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Ini kata tinjauan yang dijalankan oleh Kapersky pada tahun 2021 melibatkan 11,000 responden daripada pelbagai negara termasuk Malaysia.

Perbincangan tentang risiko penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak giat diperkatakan semenjak 10 tahun yang lalu. Semakin banyak dapatan daripada kajian-kajian yang pelbagai mula memperlihatkan impak penggunaan gajet terhadap kesihatan mental kanak-kanak. Namun, tahap penggunaan gajet tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Bersama penyampai jemputan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Dr. Alizi Alias, seminar ini akan meneroka fenomena kemerosotan kesihatan mental yang melanda generasi anak-anak muda dan hubungkaitnya dengan penggunaan gajet pada usia kanak-kanak. Sama-sama kita kemas kini pengetahuan tentang dapatan impak penggunaan gajet terhadap kesihatan mental generasi anak muda dan terokai solusinya.

Sertai kami 27 Julai 2024 ini di Auditorium Mohd Asri Muda, Universiti Malaya!

DAFTAR HARI INI!

Yuran Pendaftaran (Untuk seorang) :

Sehingga 23 Jun 2024: RM85/peserta
24 Jun – 15 Julai 2024: RM90/peserta
16 Julai – 25 Julai 2024: RM 95/peserta

Harga berkumpulan (2 dan ke atas): RM85/peserta

Nota:
Sijil dan makan tengah hari disediakan.

Tentang penceramah:

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil merupakan Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah. Beliau menerima latihan akademik dan industri dalam bidang Pembelajaran, Pendidikan dan Teknologi (Learning, Education and Technology) di Oulu, Finland. Beliau juga adalah seorang perekabentuk pembelajaran, blogger dan penulis yang memperjuangkan polisi  domestik dan pendidikan berpaksikan kanak-kanak.

Dr. Alizi Alias merupakan konsultan psikologi organisasi dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang akademia serta mempunyai lebih lima tahun pengalaman dalam industri. Beliau giat menyampaikan isu-isu berkait psikologi kepada masyarakat umum sama ada melalui seminar, bengkel, hantaran media sosial dan naskhah bercetak. Beliau merupakan penulis buku “PENAT”, penulis bersama bagi buku “Healing the Invisible Wound”, penyumbang isi kandungan buku “Aku Dijangkiti Kehidupaan 3.0” dan editor “Memelihara Jiwa”.

Borang Pendaftaran

Yayasan Pendidikan Khalifah

427, Jalan 2, Jalan Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor

Scroll to Top