Ramadan adalah bulan kita berusaha memperbaiki diri. Menggilap potensi. Membetulkan mana-mana yang salah, meluruskan mana-mana yang bengkok. Pada bulan ini, Allah kurniakan kemudahan untuk setiap Muslim yang berhasrat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Namun, perubahan sepanjang Ramadan sukar bertahan sebaik sahaja bulan itu berlalu.
Mengapa?
Bagaimana kita perkenalkan Ramadan kepada anak-anak?
Bagaimana pula Ramadan dan cabarannya digarap oleh Muslim yang tinggal di negeri jauh sebagai komuniti minoriti?
Bagaimana prinsip menahan diri daripada menelan air semasa mandi di siang Ramadan boleh dipindahkan kepada cabaran menahan diri daripada menerima wang habuan di bawah meja semasa tiada sesiapa memerhati?
Bagaimana puasa pada bulan Ramadan dan solat sepanjang hayat, kesan baiknya boleh dibawa kepada kehidupan seharian kita, walau di mana sekalipun kita berada?
Jom sertai webinar ‘Agar Ramadan Bernafas Panjang’ bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, sebagai persiapan kita memasuki madrasah Ramadan tidak lama lagi.
Tarikh: 9 Mac 2024 (Sabtu) Masa: 9.00 p.m. Platform: Zoom
RM55/peserta
BONUS! Percuma naskhah Pedagogi Ramadan bagi SETIAP peserta yang mendaftar. Semoga Ramadan kita kali ini lebih bermakna dan memberikan impak yang berpanjangan kepada segenap aspek kehidupan kita.
Borang Pendaftaran
Yayasan Pendidikan Khalifah
426, Jalan 2, Jalan Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor